Masalah
keluaran lendir daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan,
suatu yang lazim dialami wanita. Bagaimanapun, proses normal itu masih
dianggap memalukan golongan itu. Jangan anggap remeh, sebaliknya ia
petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils dan gonorrhea.
Lebih parah lagi jika tidak dikawal dan dirawat sebaiknya tidak
mustahil boleh menyebabkan kanser pada bahagian peranakan seperti kanser
servik dan sebagainya.
Statistik Penyakit Keputihan
Statistik menganggarkan 75 peratus wanita sudah berkahwin mengalami
masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual. Penggunaan produk intim
bertoksik seperti sabun, syampu dan gel mandian turut menyumbang kepada
gangguan flora bakteria sedia ada di dalam faraj wanita.
Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel
mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi, keputihan akan
berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap wanita.
Ia juga boleh berlaku dalam kalangan remaja tetapi agak jarang melainkan mereka mengambil ubat tertentu atau perubahan hormon.
Kategori Keputihan
Normal
Dalam keadaan
normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau
dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras
kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran
20cm, ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita.
Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.
Abnormal
Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat
berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh
menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna
keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Punca Keputihan Abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.
Antaranya ialah:
1. Ketika terlalu letih.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.
(Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican).
Simptom umum yang biasa dapat dikesan adalah :
√ Rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj.
√ Kemerahan dan kadang-kadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan)
√ Pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi.
√ Penghidap mungkin juga mengalami rasa sakit semasa hubungan seks.
√ Sakit semasa buang air kecil.
Jika anda salah seorang wanita yang mengalami masalah keputihan, seeloknya mengambil suplemen atau ubat merawat sebagai
langkah pencegahan selagi ia belum serius.
Setiap pagi juga anda boleh meminum Hot Lady Secret ini.
Keduanya sangat berkesan merawat keputihan normal ke serius. Keberkesananya seawal 3 hari! In sha Allah :)
013-4049518
No comments:
Post a Comment