Bagaimana bintik Hitam Terjadi?
1. Sinar Ultraviolet
Sinar matahari menjadi penyebab utama terjadinya bintik hitam. Menggunakan tabir suria (sunblock) sangat penting untuk melindungi kulit dari 'jahatnya' sinar ultraungu (UV).
Sinar Ultraungu merosakkan sulfihidril di epidermis sehingga tidak mampu berikatan dengan ion Cu dari enzim tirosinase. Akibatnya tiada yang menghalang proses pigmentasi sehingga membentuk pigmen-pigmen yang akan terjadinya bintk.
2. Hormon
Hormon juga menjadi penyebab bintik hitam di wajah. Biasanya hormon estrogen, progesteron, dan MSH (Melanin Stimulating Hormone). Bila pigmentasi akibat perubahan hormon biasanya terjadi pada ibu hamil, biasanya terjadi pada trisemester ketiga, juga pada pemakai pil kontrasepsi.
3. Ubat
Disamping itu, ubat-ubatan juga dapat meningkatkan potensi timbulnya pigmentasi atau bintik di kulit. Jika seseorang mengambil ubat-ubatan difenilhidantoin, mesantoin, klorpromazine, sitostatik dan minosiklin maka bintik boleh terbentuk.
4. Genetik & Bangsa
Selain itu, pigmentasi juga bisa dipengaruhi karena faktor keturunan. Biasanya timbul bintik kerana faktor keluarga yang mempengaruhi sekitar 20 sampai 70 peratus. Selain itu, faktor bangsa juga mempengaruhi timbulnya bintik. Biasanya dijumpai pada golongan Hispanik dan golongan kulit berwarna gelap.
5. Kosmetik
Banyak sekali kosmetik yang menjadi penyebab bintik hitam di wajah, terutama kosmetik yang mengandungi parfum, zat pewarna atau bahan-bahan tertentu dapat menyebabkan fotosensitiviti.
Petua Menghilangkan Bintik Hitam:
1)Putih Telur
Ambil putih telur dari 2 biji telur. Rendamkan sehelai tisu muka ke dalam putih telur dan tampal pada bahagian muka yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Tanggalkan setelah kering. Cuci muka hingga bersih dengan pencuci muka. Amalkan 2 kali seminggu.
2)Madu
Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.
3)Susu Segar
Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.
4)Ubat Gigi
Ubat gigi antara ‘ubat’ paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih. Tak kisah pun ubat gigi jenis apa.
5)Limau Nipis
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.
Makanan Yang Dapat Menguarangkan Pembentukan Bintik Hitam:
1)YOGURT
Antibiotik asli yang terdapat dalam yogurt anda adalah makanan yang cukup sesuai untuk dijadikan topeng muka. Anda tidak perlu berbelanja mahal dan ianya sangat mudah untuk didapati. Amalkan satu hingga tiga kali seminggu jika anda inginkan kulit yang lebih cantik dan tampak sihat.
2)MADU
Madu sememangnya mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia juga adalah salah satu rahsia dalam kecantikan yang seringkali diamalkan oleh pakar penjagaan kulit. Menerusi kesan antibakteria yang terdapat di dalam madu asli terutamanya, ia mampu mengetatkan kulit wajah kita serta menganjalkannya. Kulit wajah anda akan menjadi lebih baik jika anda menggunakan madu asli yang segar dan kurang diproses.
3)LIMAU
Kesan antibakteria limau sememangnya kuat dan sering digunakan di seluruh dunia. Namun pastikan tiada sebarang luka di kulit wajah anda kerana bimbang ia akan menyakitkan. Anda juga boleh meletakkan limau dalam pemakanan anda. Selain daripada menjaga muka, anda juga boleh menjaga berat badan anda!
4)KULIT KAYU MANIS
Bukan sahaja enak digunakan dalam masakan, kulit kayu manis turut mempunyai kesan antibakteria yang menakjubkan apabila digunakan. Tumbuk atau hancurkan kulit kayu manis sehingga halus dan campurkan bersama dalam rutin harian anda ketika mencuci muka atau skrub. Amalkan selalu dan anda dapat melihat keberkesanannya!
5)MINYAK KELAPA
Minyak kelapa sememangnya terbukti mempunyai bahan antibakteria serta pelembab terbaik untuk kulit muka anda. Jika diamalkan selalu, minyak kelapa turut mampu mengurangkan kesan jerawat.
No comments:
Post a Comment