Tuesday, 3 June 2014

Ekzema Meresahkan Anda?


Menurut Pembantu Profesor Klinikal ­Sekolah Perubatan Universiti Yale, Dr ­Macrene Alexiades-Armenakas, ­jerawat, ekzema, dermatitis dan psoriasis antara 
masalah kulit paling lazim berlaku. 

Apakah Ekzema?

Ekzema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan wujudnya ruam. Dikatakan ekzema dan kulit alah (alergic) adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah ekzema disertai dengan masalah lelah (asthma).
Perkataan ekzema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang menghadapi masalah ini. Ekzema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, ekzema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena ekzema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan ekzema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada jangkitan kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah. Ekzema yang teruk memang kelihatan hodoh dan menjijikkan.

Ekzema Penyakit Genetik?
Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.
Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.

Statistik Ekzema di MalaysiaStatistik terkini menunjukkan seorang daripada tiga rakyat Malaysia mengalami beberapa bentuk alergi/alahan. Keadaan kulit seperti ekzema (mempengaruhi dua daripada 10 orang) dan ianya semakin meningkat. 
Dianggarkan jumlah penduduk di Malaysia meng­alami psoriasis dan ekzema saja tidak termasuk masalah lain begitu mengejutkan iaitu seramai 6.64 juta orang. Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Tanda & Simptom Ekzema:
Kering,kulit sensitif .Tersangat gatal.Merah, kulit radang .Ruam berterusan.Kulit bersisik .Tompokan kasar & keras.Pembentukan kerak, kulit merekah.Kawasan jangkitan membengkak .Tompokan berwarna gelap kulit.

Jenis-jenis Ekzema

1)Dermatitis Atopik 
Dermatitis atopik adalah jenis ekzema yang paling teruk dan kronik  (jangka masa panjang).Dermatitis atopik (AD) adalah penyakit yang menyebabkan gatal, kulit radang.

2)Ekzema Tangan

Ekzema tangan (juga dikenali sebagai dermatitis tangan) adalah keadaan yang biasa yang menjejaskan sehingga 10% daripada penduduk.

3)Dermatitis Sentuhan

Dermatitis sentuhan adalah tindak balas yang boleh berlaku apabila kulit bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu, yang boleh menyebabkan keradangan kulit.

4)D
ermatitis Seborrheic 
Dermatitis seborrheic adalah keadaan kulit biasa yang serupa dengan ekzema dan kadang-kadang berlaku pada pesakit ekzema.

5)E
kzema Dyshidrotic 
Ini adalah sejenis ekzema yang melepuh, yang dua kali lebih biasa terjadi di kalangan wanita. Ia adalah terhad kepada jari, tapak tangan dan tapak kaki.

6)E
kzema Nummular 
Ekzema nummular (juga dikenali sebagai ekzema discoid dan dermatitis nummular) adalah sejenis ekzema biasa yang boleh berlaku pada sebarang usia.

7)Neurodermatitis

Neurodermatitis, juga dikenali sebagai keadaan kronik yang mudah bersatu, adalah penyakit kulit gatal sama dengan dermatitis atopik.


8) Dermatitis Statis

Dermatitis stasis kadang-kadang dikenali sebagai vena stasis dermatitis kerana ia timbul apabila ada masalah dengan urat, secara amnya di kaki yang lebih rendah.

Kawasan Tumpuan Ekzema:
Ekzema boleh menjejaskan seluruh badan, tetapi lebih banyak ditemui di kawasan-kawasan tertentu pada badan . Tapak bagi ekzema bergantung kepada umur orang itu. Untuk bayi dan kanak-kanak, kebanyakannya dan selalunya pada pipi, muka, dada, dan kulit kepala. Pakar mengatakan bahawa jangkitan ini tersebar di kawasan di mana kanak-kanak itu mampu menggaru. Bagi kanak-kanak lebih besar dan orang dewasa, ekzema biasanya melibatkan kulit di hadapan siku dan belakang lutut. Ini dianggap kawasan "flexuaral" (yang bengkok dan flex), dan mewakili lokasi mudah tercalar. Kawasan yang biasanya paling terjejas dan selalunya dijangkiti ekzema termasuk:
Dewasa :
 Muka √ Siku √ Lutut √ Leher √ Pergelangan tangan √ Tangan √ Kelopak-kelopak mata 

Kanak-kanak :
√ Belakang badan√ Perut √ Lengan√ Pipi √ Dagu√ Perut √ Siku √ Lutut √ Tangan √ Kaki

Apakah Rawatan Terbaik Ekzema?
Ekzema boleh menyebabkan keadaan kulit kelihatan sangat buruk dan mungkin mengecewakan penghidapnya, sama ada dijangkiti beberapa kali setahun atau setiap hari. Adalah penting untuk menggunakan produk penjagaan kesihatan bagi membantu dalam mengawal gatal dan ruam. Rawatan ekzema mempunyai empat matlamat utama: 
1)Mengawal gatal 
2)Menyihatkan kulit 
3)Mencegah suar
4)Mencegah jangkitan 
Rawatan adalah berdasarkan kepada umur, sejarah perubatan, keterukan gejala-gejala, dan faktor-faktor lain. Pakar kesihatan biasanya mengesyorkan gabungan terapi untuk kesan terbaik. Tetapi pesakit juga memainkan peranan dalam menjaga kesihatan kulit masing-masing. Ia juga penting untuk anda menggunakan penjagaan kulit yang baik dan mengelakkan gejala-gejala ekzema. 
Individu yang lewat mengesan masalah kulit sebaiknya mendapatkan rawatan segera.

Rawatan Luaran:
Gunakan Tabloq setiap hari.


dan amalkan ini.


Rawatan Dalaman:


Sunday, 1 June 2014

Menghilangkan Bintik Hitam



Apa itu Bintik Hitam?
Bintik hitam adalah bintik yang menutup liang roma
Bagaimana bintik Hitam Terjadi?




1. Sinar Ultraviolet
Sinar matahari menjadi penyebab utama terjadinya bintik hitam. Menggunakan tabir suria (sunblock) sangat penting untuk melindungi kulit dari 'jahatnya' sinar ultraungu (UV). 

Sinar Ultraungu merosakkan sulfihidril di epidermis sehingga tidak mampu berikatan dengan ion Cu dari enzim tirosinase. Akibatnya tiada yang menghalang proses pigmentasi sehingga membentuk pigmen-pigmen yang akan terjadinya bintk.

2. Hormon
Hormon juga menjadi penyebab bintik hitam di wajah. Biasanya hormon estrogen, progesteron, dan MSH (Melanin Stimulating Hormone). Bila pigmentasi akibat perubahan hormon biasanya terjadi pada ibu hamil, biasanya terjadi pada trisemester ketiga, juga pada pemakai pil kontrasepsi.
3. Ubat
Disamping itu, ubat-ubatan juga dapat meningkatkan potensi timbulnya pigmentasi atau bintik di kulit. Jika seseorang mengambil ubat-ubatan difenilhidantoin, mesantoin, klorpromazine, sitostatik dan minosiklin maka bintik boleh terbentuk. 

4. Genetik & Bangsa
Selain itu, pigmentasi juga bisa dipengaruhi karena faktor keturunan. Biasanya timbul bintik kerana faktor keluarga yang mempengaruhi sekitar 20 sampai 70 peratus. Selain itu, faktor bangsa juga mempengaruhi timbulnya bintik. Biasanya dijumpai pada golongan Hispanik dan golongan kulit berwarna gelap.

5. Kosmetik
Banyak sekali kosmetik yang menjadi penyebab bintik hitam di wajah, terutama kosmetik yang mengandungi parfum, zat pewarna atau bahan-bahan tertentu dapat menyebabkan fotosensitiviti.


Petua Menghilangkan Bintik Hitam:


1)Putih Telur
Ambil putih telur dari 2 biji telur. Rendamkan sehelai tisu muka ke dalam putih telur dan tampal pada bahagian muka yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Tanggalkan setelah kering. Cuci muka hingga bersih dengan pencuci muka. Amalkan 2 kali seminggu.


2)Madu

Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.


3)Susu Segar

Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.


4)Ubat Gigi

Ubat gigi antara ‘ubat’ paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih. Tak kisah pun ubat gigi jenis apa. 


5)Limau Nipis

Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.





Makanan Yang Dapat Menguarangkan Pembentukan Bintik Hitam:


1)YOGURT


Antibiotik asli yang terdapat dalam yogurt anda adalah makanan yang cukup sesuai untuk dijadikan topeng muka. Anda tidak perlu berbelanja mahal dan ianya sangat mudah untuk didapati. Amalkan satu hingga tiga kali seminggu jika anda inginkan kulit yang lebih cantik dan tampak sihat.


2)MADU
Madu sememangnya mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia juga adalah salah satu rahsia dalam kecantikan yang seringkali diamalkan oleh pakar penjagaan kulit. Menerusi kesan antibakteria yang terdapat di dalam madu asli terutamanya, ia mampu mengetatkan kulit wajah kita serta menganjalkannya. Kulit wajah anda akan menjadi lebih baik jika anda menggunakan madu asli yang segar dan kurang diproses.
3)LIMAU
Kesan antibakteria limau sememangnya kuat dan sering digunakan di seluruh dunia. Namun pastikan tiada sebarang luka di kulit wajah anda kerana bimbang ia akan menyakitkan. Anda juga boleh meletakkan limau dalam pemakanan anda. Selain daripada menjaga muka, anda juga boleh menjaga berat badan anda!
4)KULIT KAYU MANIS
Bukan sahaja enak digunakan dalam masakan, kulit kayu manis turut mempunyai kesan antibakteria yang menakjubkan apabila digunakan. Tumbuk atau hancurkan kulit kayu manis sehingga halus dan campurkan bersama dalam rutin harian anda ketika mencuci muka atau skrub. Amalkan selalu dan anda dapat melihat keberkesanannya!
5)MINYAK KELAPA
Minyak kelapa sememangnya terbukti mempunyai bahan antibakteria serta pelembab terbaik untuk kulit muka anda. Jika diamalkan selalu, minyak kelapa turut mampu mengurangkan kesan jerawat.